Vardy kecewakan Red Devils - Utusan Malaysia

Vardy kecewakan Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER: Jamie Vardy menafikan hajat Manchester United untuk melakar kemenangan di tempat lawan buat kali ke-11 berturut-turut apabila rembatannya pada lewat permainan mengikat kedudukan 2-2 hari ini.

Keputusan seri di Stadium King Power pada ‘Boxing Day’ turut menyekat United daripada memintas Leicester di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris.

Marcus Rashford terlepas peluang keemasan di awal permainan, namun dia berjaya meletakkan United di depan pada minit ke-23.

The Foxes bagaimanapun menunjukkan tindak balas pantas apabila Harvey Barnes menyamakan kedudukan pada minit ke-31 menerusi rembatan jarak jauh.

United menjangkakan mereka akan pulang sebagai pemenang selepas Bruno Fernandes kembali meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-79.

Begitupun lima minit sebelum tamat permainan, rembatan Vardy terkena pemain United, Axel Tuanzebe sebelum bola masuk ke gawang sendiri.

“Saya tidak fikir saya jaringkan gol tersebut dan ia mungkin terkena pemain lawan.

“Tidak kisahlah bagaimana cara gol terhasil, yang penting pada akhirnya kami berjaya mendapat satu mata penting,” kata Vardy kepada BT Sport.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.