Safiq bakal miliki kelab sendiri - Utusan Malaysia

Safiq bakal miliki kelab sendiri

SAFIQ RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim kini dalam proses membeli sebuah pasukan yang bakal bersaing dalam Liga M3 musim depan.

Jelasnya, proses pemilikan boleh dikatakan hampir selesai namun masih ada beberapa perkara yang belum dimuktamatkan.

“Ya…saya bercadang membeli pasukan untuk bermain di Liga M3. Proses pemilikan boleh dikatakan lebih daripada 50 peratus.

“Kita lihat macam mana, segala urusan dan pemilihan pemain akan dibuat saya sendiri.

“Insya-Allah diharapkan semuanya bakal berjalan lancar,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Ketika ditanya mengenai kariernya musim depan selepas tidak menyambung kontrak dengan Melaka, Safiq berkata, dia masih mempertimbangkan beberapa tawaran pasukan sekitar di Lembah Klang.

Antara pasukan Liga Super yang berada di Lembah Klang adalah Selangor, Kuala Lumpur, Petaling Jaya City (PJ City) dan UiTM FC.

“Tidak boleh dedah pa­sukan mana tetapi pasukan itu sekitar Lembah Klang. Masih mempertimbangkan lagi dan keputusan akan dibuat minggu depan,” ujarnya ringkas.

Safiq, 33, antara pemain pa­ling berjaya dalam Liga Malaysia apabila merangkul semua kejuaraan, selain menjuarai Piala AFC bersama JDT pada 2015.

Sedar karier pemain bola sepak tidak kekal lama, Safiq turut mengukuhkan perniagaan produk sukan jenama sendiri iaitu Sportsrevo yang diasaskannya sejak 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN