Rugi 'hilang' KIP - Hafizh - Utusan Malaysia

Rugi ‘hilang’ KIP – Hafizh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah memahami situasi yang dihadapi Khairul Idham Pawi sehingga pelumba berusia 22 tahun itu meluahkan hasrat untuk bersara.

Melihat sukan permotoran negara bakal kehilangan salah seorang pelumba yang sangat berbakat, Hafizh berharap Khairul Idham atau lebih dikenali dengan julukan KIP dapat mempertimbangkan keputusan berkenaan.

“Saya memahami keadaan dia ketika ini. KIP salah seorang pelumba negara yang sangat berbakat dan saya berasakan dia mampu menggantikan tempat saya suatu hari nanti atau akan lebih baik.

“Mungkin bukan rezeki dia pada musim 2020 dengan mengalami kecederaan ketika Moto2 dan juga Moto3 sehingga terpaksa potong jari.

“Pandangan saya, sayanglah kalau dia bersara awal. Sebab kita lepaskan salah seorang pelumba yang masih mampu beri saingan di Kejuaraan Dunia.

“Mungkin dengan keadaan dia sekarang bukan mudah untuk dia bina kembali keyakinan dengan jentera dan perlu ambil masa selepas potong jari.

“Paling penting ketika ini adalah sokongan daripada orang sekeliling,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

KHAIRUL IDHAM PAWI

Hafizh yang merupakan pelumba pertama negara bersaing dalam kelas MotoGP percaya, KIP mempunyai masa depan cerah jika terus diberi peluang namun segalanya terserah kepada pelumba itu.

“Walaupun saya tidak rapat dengan dia sebelum ini tapi tahun 2020 kami berlatih bersama dan saya tahu dia macam mana.

“Biarpun dia buat keputusan untuk bersara saya percaya dia akan terus aktif bersukan. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang diceburi.

“Saya anggap dia macam adik dan pernah kongsi pengalaman serta sentiasa beri kata-kata semangat.

“Untuk dia dan pelumba lain terus buat yang terbaik dan bekerja keras, rezeki itu akan ada nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.