Ronaldo terlepas penalti - Utusan Malaysia

Ronaldo terlepas penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika juara bertahan, Juventus seri 1-1 dengan Atalanta dalam saingan Serie A di laman sendiri pagi tadi.

Ini keputusan seri keenam dalam 12 perlawanan Juventus musim ini. Mereka kekal di tangga ketiga dengan 24 mata, empat mata di belakang pendahulu, AC Milan.

“Ini adalah perlawanan yang kami sepatutnya menang.

“Kami mencipta banyak peluang tapi gagal menyudahkannya. Apabila anda membiarkan perlawanan menjadi seimbang, apa sahaja boleh berlaku,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

Sepakan lencong Federico Chiesa meletakkan Juventus di depan pada minit ke-29, namun Atalanta membalas menerusi Remo Freuler, 12 minit selepas babak kedua bersambung.

Ronaldo yang turut melakukan beberapa percubaan bahaya terlepas peluang untuk menyempurnakan penalti pada minit ke-60 selepas Chiesa dikasari lawan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya