Real Madrid dalam bahaya - Utusan Malaysia

Real Madrid dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV: Juara 13 kali, Real Madrid berdepan bahaya tersingkir awal dari Liga Juara-Juara selepas dikejutkan 2-0 oleh Shakhtar Donetsk pagi tadi.

Kekalahan itu menyebabkan Los Blancos tersungkur ke tangga ketiga Kumpulan B.

Nasib gergasi bola sepak Sepanyol itu untuk mara ke peringkat kalah mati kini bergantung penuh kepada perlawanan terakhir menentang Monchengladbach minggu depan.

Real tidak pernah gagal melangkah ke peringkat 16 akhir kejohanan kelab elit Eropah itu sejak hampir 30 tahun lalu.

Anak-anak buah Zinedine Zidane ketinggalan pada minit ke-57 selepas pemain gantian Shakthar, Dentinho menghukum kealpaan pertahanan, Raphael Varane.

Manor Solomon menggandakan kedudukan 2-0 selepas melakukan larian solo sebelum melepaskan rembatan ke gawang lawan.

Shakhtar yang turut mengalahkan Real 3-2 dalam aksi pertama, Oktober lalu kini menghuni tangga kedua dengan tujuh mata, berkongsi mata dengan Real tapi dipisahkan oleh rekod pertemuan.

Monchengladbach yang tunduk 2-3 kepada Inter Milan kekal mengungguli kumpulan dengan lapan mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.