Liverpool rampas takhta - Utusan Malaysia

Liverpool rampas takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jordan Henderson percaya, Liverpool mempamer aksi terbaik musim dan mereka bagaikan di awangan ketika Roberto Firmino meledak gol pada hujung permainan untuk menundukkan Tottenham 2-1 pagi tadi.

Kapten Liverpool itu turut memuji prestasi pemain pertahanan berusia 19 tahun, Rhys Williams yang cemerlang sehingga mmbolehkannya muncul pemain terbaik perlawanan.

Kemenangan di Anfield itu membolehkan Reds merampas pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan 28 mata, tiga mata mengatasi Tottenham.

“Ia antara persembahan terbaik kami musim ini. Kami mengawal keadaan sama ada ketika memiliki bola atau bola di kaki lawan.

“Kami memenangi situasi perebutan bola, pemain berterusan memberi tekanan dan macam yang kamu nampak sekarang, saya bagaikan di awangan,” kata Henderson.

PEMAIN Liverpool meraikan gol pertama yang disempurnakan Mohamed Salah.

Mohamed Salah terus mempamer sentuhan tajam apabila meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-26.

Bintang penyerang Tottenham, Son Heung-min bagaimanapun menyamakan kedudukan hasil serangan balas pantas, tujuh minit kemudian.

Ketika permainan seakan bakal berakhir dengan seri, Firmino muncul wira Reds apabila menanduk sepakan penjuru Andy Robertson pada minit ke-90.

“Williams amat cemerlang malam ini. Dia memenangi semua perebutan bola di udara, malah bertahan dengan baik.

“Tetapi bukan dia seorang yang hebat, Fabinho dan semua empat pertahanan kami memberi aksi terbaik,” kata Henderson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya