Juventus tunggu jawapan Dybala - Utusan Malaysia

Juventus tunggu jawapan Dybala

PAULO DYBALA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Presiden Juventus, Andrea Agnelli berkata, juara Itali itu menanti jawapan penyerang Argentina, Paulo Dybala mengenai tawaran kontrak baharu yang bakal menjadikannya antara ’20 pemain bola sepak menerima gaji tertinggi di Eropah’.

Dybala menjaringkan gol Serie A pertamanya dalam tempoh lima bulan Ahad lalu ketika membantu Juventus menumpaskan Genoa 3-1.

Agnelli berkata, dia masih belum menerima berita berkaitan sambungan kontrak Dybala yang akan tamat pada Jun 2022.

“Banyak perkara tidak benar diperkatakan berkaitan kontrak saya,” kata Dybala ketika ditanya mengenai kontraknya sebelum ini.

Agnelli menegaskan, pemain berusia 27 tahun itu yang dijangkiti Covid-19 selama enam minggu, awal tahun ini ‘sudahpun melihat tawaran yang diberikan’.

“Kami tenang menanti jawapan.

“Berita positif ialah dia kembali menjaringkan gol. Paulo sudah ada cukup masa selepas sembuh daripada Covid-19 dan proses pemulihan agak perlahan.

“Saya gembira mendengar pengakuan dia sayangkan Juventus. Kami melihat Paulo sebagai kapten masa depan. Sekarang pun dia sentiasa memakai lilitan itu.

“Dia tahu tentang tawaran yang diberikan, kami hanya menunggu jawapan,” kata Agnelli ketika menghadiri satu majlis anugerah di Turin semalam.

Dybala menyertai Juventus dari Palermo pada 2015 dan meledak 97 gol buat kelab, memenangi lapan trofi utama, termasuk lima kejuaraan Serie A. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.