Junior Avengers juara Berpasukan Campuran Remaja BAM - Utusan Malaysia

Junior Avengers juara Berpasukan Campuran Remaja BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesabaran dan kerjasama sepasukan kunci kejayaan Junior Avengers untuk muncul juara Kejohanan Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Junior Avengers mendominasi hari terakhir selepas membenam Junior Terminators 8-4, sekali gus menghuni tangga teratas.

Dipimpin oleh Jacky Kok selaku kapten, Junior Avengers mendahului menerusi Chan Wen Tse-Siti Zulaikha Azmi yang menundukkan Adiyna Anuar-Ong Xin Yee 15-9, 13-15, 15-12.

Terminators bangkit mendahului 2-1 menerusi Jimmy Wong-Cheng Su Yin yang menewaskan Jacky-Go Pei Kee 15-13, 14-15, 15-8 sebelum Muhammad Faiq Haziq-Owen Low menundukkan Chee Hong Wei-Lee Yen Wei 14-15, 15-8, 15-14.

Avengers sekali lagi mempamer aksi cemerlang apabila membolot enam mata selepas itu untuk mendahului 7-2.

Tiga mata dihasilkan menerusi perseorangan lelaki, Eogene Ewe Eon yang menewaskan Dylan Ooi 13-15, 15-11,15-12 diikuti V. Poopathi menang 9-15, 15-3,15-11 ke atas Muhammad Fazriq Razif, manakala Jan Jireh Lee mengalahkan Kee Is Qian 15-5, 15-13.

Dua lagi mata menerusi perseorangan wanita, oleh Siti Nurshuhaini Azman dan Chan Wen Tse yang menang ke atas lawan masing masing, manakala satu mata dirauh beregu lelaki Beh Chun Meng-Liew Xun.

“Saya pastikan semua rakan-rakan dapat peluang bermain dan beri mereka kebebasan memilih sendiri acara yang dimahukan,”kata Jacky.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN