Giliran Kasma Daniel ‘hilang dari radar’ - Utusan Malaysia

Giliran Kasma Daniel ‘hilang dari radar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas Khairul Idham Pawi, kini seorang lagi pelumba, Kasma Daniel Kasmayudin ‘gugur’ dari Kejuaraan Motosikal Dunia, menyaksikan Hafizh Syahrin Abdullah menjadi pelumba tunggal negara akan bersaing dalam kejohanan berprestij dunia itu musim depan.

Ia disahkan sendiri bapanya, Kasmayudin Margono ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, dengan memberitahu perkara tersebut sudah dijangka awal, namun hanya menunggu ‘hitam putih’ daripada Stop and Go (SAG) Team.

“Ya benar, saya dah tahu lama perkara ini cuma hanya menunggu pengesahan daripada SAG Team dan hari ini keputusan tersebut telah kami terima.

“Kalau nak diikutkan kontrak Kasma dengan SAG Team untuk berlumba menerusi kelas Moto2 akan berakhir pada musim 2022.

“Kami terima keputusan ini dengan hati terbuka dan perpisahan ini dibuat dengan cara yang baik. SAG Team juga memohon maaf atas kesulitan ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan TKKR kerana memberi peluang untuk Kasma Daniel berlumba di Kejuaraan Motosikal Dunia tahun ini,” kata Kasmayudin,” kata Kasmayudin.

KASMA DANIEL

Ketiadaan penunggang berbakat berusia 20 tahun itu dalam Kejuaraan Motosikal Dunia menerusi kelas Moto2 musim depan bakal diisi pelumba Belanda, Bo Bendsneyder.

Sekalipun gugur, namun anak kelahiran Johor Bahru itu enggan mengangkat bendera putih, sebaliknya berusaha kembali meneruskan kariernya dalam perlumbaan CEV Moto2 Eropah dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2021.

Kasma mahu meneruskan karier dalam perlumbaan CEV Moto2 Eropah dan Kejuaraan Motosikal Asia 2021.

“Tahun ini adalah musim rookie yang sangat sukar buat saya dan SAG Team selalu menyokong dan membantu saya sepanjang masa bersama mereka.

“Saya bersyukur dengan pengalaman dan bimbingan yang diberikan oleh SAG. Saya mendoakan SAG Team yang terbaik untuk masa depan.

“Pada masa ini, pasukan pengurusan saya sedang mencari apa kemungkinan yang ada untuk saya pada 2021. Kami dalam perbincangan dengan pelbagai pasukan dari CEV dan ARRC.

“Pada masa yang sama, kami juga sedang berbincang dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk saya meneruskan kerjaya sebagai penunggang motosikal profesional,” kata Kasma dalam Facebook semalam.

Kasma pernah beraksi dalam saingan ARRC 2019 dalam kategori Supersports 600cc bersama pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia dan muncul selaku naib juara.

Pada tahun yang sama, Kasma juga turut beraksi dalam saingan CEV 2019 bersama pasukan Dynavolt Intact SIC Junior Team.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya