Barcelona, PSG berentap awal - Utusan Malaysia

Barcelona, PSG berentap awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) yang kalah dalam perebutan kejuaraan musim lalu bakal berdepan tugas sukar apabila diundi menentang juara lima kali, Barcelona pada pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara.

Bayern Munich yang mengecewakan PSG 1-0 dalam perlawanan akhir, 23 Ogos lalu pula akan berdepan wakil Itali, Lazio manakala juara 2012, Chelsea berdepan laluan penuh berliku menentang Atletico Madrid.

Liverpool pula bakal berentap dengan pasukan yang menyingkirkan seteru mereka, Manchester United iaitu RB Leipzig dalam undian yang dilakukan di Nyon, Switzerland hari ini.

Skuad bimbingan Pep Guardiola, Manchester City yang memburu gelaran Eropah pertama perlu melepasi Borussia Moenchengladbach untuk mencari tiket ke suku akhir.

Juventus yang diketuai Cristiano Ronaldo pula akan menentang kelab Portugal dan juara 2004, Porto, manakala juara 13 kali, Real Madrid berdepan tentangan Atalanta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya