Anak Rooney sertai Manchester United - Utusan Malaysia

Anak Rooney sertai Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kai, 11, mengikuti jejak bapanya iaitu legenda Manchester United, Wayne Rooney apabila menyertai akademi remaja Red Devils.

Rooney, pemegang rekod penjaring terbanyak United memuat naik gambar di Twitter menunjukkan anak sulung daripada empat beradik itu menandatangani kontrak bersama bekas kelab bapanya.

“Hari yang membanggakan. Kai menandatangani kontrak bersama Manchester United. Terus bekerja keras anakku,” kata Rooney.

Rooney, 38, yang menyertai United dari Everton pada 2004 ketika masih remaja
kini menjadi pengurus sementara kelab Liga Kejuaraan, Derby.

Bekas penyerang England itu menyarung jersi United selama 13 tahun dan meledak 253 gol dalam 559 penampilan, sekali gus memecah

rekod Bobby Charlton pada Januari 2017.

Isteri Rooney, Coleen turut memuat naik gambar Kai di Instagram dengan menyifatkan ia sebagai malam yang sangat istimewa.

“Malam istimewa, tahniah Kai. Saya sayang dan sangat bangga dengan anda. Terus berusaha berikan yang terbaik,” kata Coleen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya