fbpx

21 Januari 2021, 2:37 am

  TERKINI

Tak sempat ‘takik’ kaki Maradona

REDUAN ABDULLAH (gambar Ihsan media sosial)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bila sebut nama Reduan Abdullah, ramai yang akan berkata ‘oh inilah orang yang membentes kaki Diego Maradona’.

Perkara itu berlaku apabila Reduan dan rakannya ditugaskan mengawal Maradona ketika Jemputan Selangor XI menentang Boca Juniors di Stadium Merdeka pada 1982.

Bagaimanapun Reduan, 67, mendedahkan, insiden ‘takik kaki’ yang heboh diperkatakan sebenarnya tidak berlaku kerana dia tidak berpeluang membentes Maradona.

Kata Reduan, penyerang Argentina itu terlalu lincah ibarat ‘lipas kudung’ dan sukar ­dikawal.

“Dalam perlawanan itu memang saya ada peluang tackle Maradona tapi saya tidak dapat bola…dia sangat lincah.

“Susah nak jaga dia, kena ada dua orang lain tolong marking, itu pun tak berjaya,” kata Re­duan kepada Utusan Malaysia semalam.

 

DIEGO Maradona bertukar cenderahati dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam aksi persahabatan pada 1982. – IHSAN SELANGOR FC

Dalam aksi itu, Selangor dibarisi ramai bintang seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, Fandi Ahmad, Khan Hung Meng dan Piyapong Pue On.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan takziah sambil berkongsi gambar bersama Maradona pada pertemuan mereka dalam Anugerah FIFA 2017.

“Kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu pemain bola sepak berbakat itu ialah di Zurich semasa Anugerah 2017 dan terpesona dengan karisma, ke­peribadian yang menyenangkan dan sikap suka berjenaka,” kata kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

POPULAR

BERITA BERKAITAN