Mehmet lepas rindu selepas 8 bulan - Utusan Malaysia

Mehmet lepas rindu selepas 8 bulan

Mehmet Durakovic
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerinduan Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic terhadap ahli keluarganya berakhir apabila tiba di Melbourne, Australia semalam.

Jurulatih itu berlepas ke Melbourne dengan menaiki pesawat pukul 9.30 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Mehmet terpisah lama dengan isteri dan anaknya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini pada Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Berikutan PKP, tiada siapa yang boleh keluar dan masuk negara ini.

Kebetulan pula selepas itu Liga Super bersambung mulai 28 Ogos sehingga 11 Oktober diikuti Piala Malaysia 2020, selepas itu.

Hajat jurulatih itu untuk bersama ahli keluarganya tercapai lebih awal berikutan pembatalan saingan Piala Malaysia 2020 yang memasuki peringkat suku akhir.

Berikutan itu Durakovic dijangka akan pulang ke Melbourne sekurang-kurangnya sehingga akhir Disember sebelum pulang ke Ipoh untuk memulakan persiapan bagi menghadapi musim baharu 2021.

“Alhamdulillah saya dapat pulang ke Melbourne untuk bersama keluarga, sudah terlalu lama.

“Memang saya melalui lapan bulan yang sunyi kerana tinggal bersendirian di Ipoh.

“Sudah lama saya tidak bertemu mereka. Bagaimanapun keluarga saya selamat di Melbourne, mereka tidak dapat datang dan saya juga tidak boleh pulang ke Australia. Kini kami bersatu semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya