LTdL 2021: Terus, tunda atau batal? - Utusan Malaysia

LTdL 2021: Terus, tunda atau batal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya perlu menunggu jawapan ya atau tidak daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sama ada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 yang akan bermula 30 Januari depan perlu ditangguhkan atau sebaliknya.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mendapatkan maklumat daripada KBS mahupun  pengajur Human Voyage (M) Sdn Bhd berhubung kedudukan kejohanan berprestij di Asia Tenggara itu.

Jelasnya, PKBM perlu memberikan alasan kukuh kepada Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI) jika mahu perlumbaan yang memasuki edisi ke-26 itu ditangguhkan sebelum memohon tarikh baharu.

“Bulan Ramadan jatuh bulan April, manakala Hari Raya Aidilfitri pada Mei. KBS perlu mengambil kira tarikh baru yang tidak bertindih dengan tarikh tersebut.

“UCI juga telah menetapkan, tarikh baharu LTdL 2021 tidak boleh bertindih dengan jadual berbasikal Piala Dunia dan Kejohanan Dunia.

“PKBM perlu mengisi borang dan menghantar semula kepada UCI mengenai cadangan tarikh baharu dengan harapan mereka mempertimbangkan permohonan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

LTdL kini berdepan situasi ketidaktentuan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang sehingga 6 Disember ini.

Polisi sempadan negara masih ditutup sehingga kini juga menjadi faktor ketidaktentuan itu, di mana pasukan luar bertaraf WorldTeam, Pro Benua mahupun Benua yang akan menyertai LTdL 20921 tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

“Tahun ini kebanyakan kejohanan di Eropah tidak ditangguhkan dan berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, keadaan di Malaysia agak serius dan ia perlu ditangguhkan,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya