KIP menghitung hari - Utusan Malaysia

KIP menghitung hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masanya semakin tiba untuk pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mengangkat kaki meninggalkan Petronas Sprinta Racing (SR) apabila Grand Prix (GP) Portugal hujung minggu ini menjadi medan terakhirnya bersama pasukan negara itu.

Pelumba yang pernah mengejutkan arena permotoran negara pada 2016 itu berhasrat menghabiskan sisa-sisa bersama Petronas SRT dengan keputusan positif dalam saingan terakhir musim 2020 itu di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao.

Khairul atau lebih terkenal dengan panggilan KIP berkata, dia pernah berlumba di litar tersebut pada 2015 sewaktu menyertai Kejuaraan CEV dan memperoleh kedudukan kelima teratas.

“Biarpun Portimao baharu dalam kalendar MotoGP, namun saya pernah berlumba di litar itu pada 2015 ketika bersaing dalam Kejuaraan CEV.

“Saya sangat menikmati litar tersebut biarpun pertama kali saya berlumba di situ. Saya bersaing dengan baik dan memperoleh kedudukan di tempat kelima teratas.

“Laluan litar sangat menakjubkan kerana ia hampir seperti ‘roller coaster’, anda akan naik dan turun sepanjang pusingan.

“Saya berharap ada peningkatan. Semoga memperoleh keputusan positif pada perlumbaan terakhir ini sebagai penutup tirai bagi musim 2020,” kata KIP yang bakal meninggalkan pasukan tersebut akhir musim ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu menyertai Petronas SR pada 2019 dalam kategori Moto2 tetapi setelah bergelut dengan masalah kecederaan, dia diturunkan ke kelas Moto3 pada tahun berikutnya.

Bagaimanapun keadaan tidak bertambah baik dan kecederaan beliau bertambah teruk sehinggakan terpaksa memotong jari kelengkeng.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya