Kelantan tawar tanah 12 hektar - Utusan Malaysia

Kelantan tawar tanah 12 hektar

KERATAN akhbar Utusan Malaysia pada 25 September.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menawarkan tanah di Taman Seri Bayu, Tumpat kepada pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman bagi melengkapkan impian pakar pelaburan itu membina pusat latihan The Red Warriors (TRW).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, keluasan tapak yang ditawarkan kepada pemilik Kelantan FC itu berjumlah 12 hektar.

“Esok kita akan dengar perbentangan dari pihak Kelantan FC yang diketuai oleh Norizam kepada pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT).

“Kita sambut baik kesungguhan tinggi yang ditunjukkan oleh beliau dalam usaha mengangkat lagi nama pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia,” katanya.

Utusan Malaysia pada 25 September lalu melaporkan Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham sedia melaburkan antara RM5 hingga RM10 juta bagi membina sebuah pusat latihan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti dan prestasi barisan pemain pasukan itu pada masa hadapan.

Pembinaan pusat latihan tersebut adalah manifestasi baharu yang cuba diketengahkan pakar pelaburan dan usahawan burger itu dalam melonjakkan lagi prestasi TRW.

Mengikut perancangan, pusat latihan itu akan dilengkapi dengan kemudahan padang, gimnasium, bilik pemulihan (selepas sesi latihan), kafetaria dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya