Kad merah Pepe sukar diterima - Utusan Malaysia

Kad merah Pepe sukar diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menegaskan, Nicolas Pepe telah mengecewakan rakan-rakan sepasukan selepas dilayangkan kad merah yang sukar diterima.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi, Gunners diikat 0-0 oleh Leeds United tetapi tumpuan utama perlawanan adalah cara Pepe dibuang padang.

Pepe meletakkan pengadil, Anthony Taylor tidak punya pilihan kecuali melayangkan kad merah selepas penyerang Ivory Coast itu menanduk Ezgjan Alioski.

Penyokong Arsenal meluahkan kemarahan di media sosial, malah ada yang menyifatkan ‘otak Pepe sudah rosak’.

“Ia sukar diterima. Saya sudah bercakap dengannya, tidak boleh diterima,” kata Arteta kepada Sky Sports.

Dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Arteta sekali lagi menegaskan, sikap Pepe menyebabkan seluruh pasukan kecewa.

“Saya suka dengan personaliti pasukan, tetapi apabila Pepe mengecewakan mereka, kami menderita bersama,” katanya.

Keputusan seri menyebabkan Arsenal menghuni tangga ke-11 liga dengan mengutip 13 mata daripada sembilan perlawanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya