Irfan jurulatih baharu Negeri Sembilan? - Utusan Malaysia

Irfan jurulatih baharu Negeri Sembilan?

IRFAN BAKTI SALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim kini menghampiri untuk menjadi Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) selepas kedua-dua pihak dikhabarkan mengadakan pertemuan semalam.

Mengesahkan perkara tersebut, jurulatih berpengalaman berusia 69 tahun itu berkata, perbincangan diadakan selepas beliau ada memohon untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut yang sebelum ini diisi oleh Sazali Saidon.

“Saya ada memohon dan pihak Negeri Sembilan ada memanggil saya semalam di Seremban, ada pertemuan dan perbincangan itu bagi saya positif namun terserah kepada pengurusan pasukan untuk membuat keputusan.

“Saya tertarik untuk membimbing Negeri Sembilan kerana saya melihat pasukan itu sebelum ini tiada sebarang masalah dengan pemain walaupun bajet mereka tidak besar.

“Malah tiga tahun lalu juga sebenarnya memang sudah ada perbincangan untuk saya bersama pasukan ini namun beberapa sebab ia tidak menjadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menyentuh mengenai prestasi skuad Jang yang berada di kedudukan kedua terbawah Liga Perdana musim lalu, Irfan Bakti berkata ada ruang untuk pasukan itu bangkit kembali seterusnya beraksi di Liga Super.

“Jika saya diberi peluang untuk membimbing Negeri Sembilan, sudah tentu saya mahu membawa pasukan ini ke Liga Super jadi tiada guna jika sasaran hanya mahu beraksi di final Piala Malaysia atau separuh akhir Piala FA tapi pasukan di liga teratas.

“Negeri Sembilan bukan asing kepada saya, malah karier awal saya sebagai jurulatih pasukan negeri adalah bersama pasukan ini iaitu pada tahun 1998 dan 1999,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui turut menerima tawaran untuk membimbing sebuah pasukan yang turut beraksi di Liga Perdana musim depan setelah dihubungi pengurusan atasan kelab tersebut baru-baru ini.

K. DEVAN

Selain Irfan Bakti, beberapa nama turut dikaitkan untuk membimbing Negeri Sembilan antaranya jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan dan pengendali Petaling Jaya (PJ) City FC, K.Devan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya