Ibrahimovic makin tua makin berbisa - Utusan Malaysia

Ibrahimovic makin tua makin berbisa

ZLATAN IBRAHIMOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Pengendali Napoli Gennaro Gattuso menyifatkan Zlatan Ibrahimovic lebih baik berbanding 10 atau 12 tahun yang lalu berikutan aksi cemerlang musim ini bersama AC Milan.
Bintang Sweden itu meledakan dua gol ketika membantu Milan meraih kemenangan 3-1 ke atas Napoli mengakhir perlawanan dengan 10 pemain sekali gus melonjak skuad Rossoneri ke puncak Serie A.

Ibrahimovic kini telah mengumpul 10 gol dalam saingan musim ini.

Penyerang berpengalaman Milan berusia 39 tahun itu muncul pemain tertua meledak 10 gol dalam lapan perlawanan pertama Serie A mengatasi rekod pemain Lazio, Silvio Piola yang berusia 29 tahun itu pada saingan musim 1942-43.

Ibrahimovic yang meledak gol pada minit ke-20 dan 52 sebelum digantikan turut menyamai rekod Gunnar Nordahl untuk gol terbanyak dihasilkan dalam Serie A bagi lapan perlawanan pertama sebagai pemain Milan dengan hanya ketinggalan dua gol kepada Marco Van Basten pada musim 1992-93.

Gattuso yang bergandingan dengan Ibrahimovic di Milan pada tahun 2010-12, di mana gandingan itu membantu skuad Rossoneri meraih kejuaraan Serie A terakhir pada 2011.

“Milan meletakkan kepercayaan kepada Ibra, mereka 100 peratus percaya dengan apa yang mereka lakukan,.

“Dia kelihatan lebih bagus berbanding 10 atau 12 tahun yang lalu. Mereka melakukan hantaran lintang kerana mengetahui dia akan menjaringkan gol,” kata Gattuso kepada Sky Sport Italia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya