Harimau Malaya tidak tarik diri! - Utusan Malaysia

Harimau Malaya tidak tarik diri!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Spekulasi bahawa skuad Harimau Malaya akan menarik diri daripada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan Piala AFF Suzuki tahun depan kerana pandemik Covid-19 adalah tidak benar.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, badan induk itu tidak pernah ada perancangan untuk menarik diri.

“Kami di FAM tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik diri daripada mana-mana pertandingan tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan kembali beraksi Mac depan untuk melengkapkan aksi Kumpulan G bertemu dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam sebelum mengakhiri saingan dengan menentang Thailand pada Jun.

Stuart Ramalingam

Pasukan kebangsaan juga dijangka bersaing dalam kempen Piala AFF Suzuki 2021 yang bermula April hingga Mei depan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe sedang menilai tarikh terbaik untuk mengumpulkan kembali anak-anak buahnya selepas lebih setahun tidak melalui latihan pusat ekoran pandemik Covid-19.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai prestasi pemain selepas hanya mengharungi 12 perlawanan Liga Malaysia iaitu 11 dalam aksi liga dan satu bagi saingan Piala Malaysia.

Tan Cheng Hoe

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan tarikh aksi kelayakan sebelum ini.

“Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pula telah mengeluarkan jadual baharu bagi liga musim depan.

“Kita akan berbincang terlebih dahlu dengan barisan kejurulatihan dan FAM bagi merancang pelan terbaik untuk pasukan mengharungi jadual padat tahun depan.

“Secara jujur, saya agak sedih apabila kami tidak dapat mengadakan kem latihan pusat  tahun ini tetapi kesihatan pemain menjadi keutamaan.

“Saya hanya boleh berharap mereka bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila dipanggil nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya