
MUKADIMAH
SELAIN terjejas akibat Covid-19,2020 juga adalah tahun yang padat dengan emosi, debaran dan trauma buat pelumba Moto2 negara, HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH.
Terlibat dalam kemalangan yang boleh mengundang maut, selain kehilangan nenek tercinta baru-baru ini, membuatkan Hafizh terpaksa berlumba dengan pelbagai emosi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia
Dalam ruangan Tanya Je…, wartawan SUFIAN HADI SOJAK merungkai sisi peribadi pelumba kelahiran Selangor berusia 26 tahun itu yang tetap bersemangat untuk bersaing di pentas dunia meskipun berdepan onak duri.
Kalau anda seorang menteri, ingin jadi menteri apa?
Menteri Sukanlah! Sebab saya faham situasinya macam mana. Saya seorang atlet.
Kalau anda memiliki poket Doraemon, alat apa akan anda keluarkan sekarang?
Kalau sekarang, saya nak keluarkan alat untuk bagi saya gembira.
Kalau anda seorang pelakon, watak apa ingin dilakonkan?
Herolah, sebab saya ada ciri-ciri seorang hero.
Mata pelajaran paling anda minat?
Pendidikan seni, sebab senang saja, hanya melukis. Lagi pun mata pelajaran lain saya tak pandai sangat. Saya belajar sampai darjah dua, lepas minat motosikal, terus fokus dalam permotoran.

Tiga perkara yang anda buat selepas bangun pagi?
Menggeliat dulu, main handphone, dah kahwin ni apa lagi, tengok bini (isteri).
Bila kali terakhir anda menangis?
Baru-baru ini, selepas nenek tercinta pergi buat selama-lamanya.
Kalau anda seorang guru, mata pelajaran ingin diajar?
Pendidikan Jasmani. Sebab saya suka bersukan, boleh ajar murid-murid pelbagai jenis sukan.
Makanan kegemaran?
Ayam masak merah yang dimasak nenek saya.
Motosikal kapcai jenama apa yang anda gemar?
Yamaha, saya ada ‘Ysuku’, 125z, RXZ.
Kalau ada RM10 dalam poket, makanan apa yang ingin dibeli untuk survive selama dua hari?
Makanan murah tapi kenyang dan bagi tenaga. Air, saya minum air masak sajalah.









