Belum rezeki Safawi - Utusan Malaysia

Belum rezeki Safawi

PEMAIN Portimonense meraikan kemenangan ke atas Desportivo Nacional dalam Liga Primeira malam tadi. - IHSAN PORTIMONENSE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sepakan penalti Fabrício seminit sebelum tamat permainan menyelamatkan Portimonense yang menumpaskan Desportivo Nacional 1-0 untuk keluar dari kedudukan tercorot Liga Primeira Portugal malam tadi.

Begitupun, kemenangan itu tidak cukup menggembirakan ‘penyokong baharu’ Portimonense di Malaysia apabila Safawi Rasid masih tidak diberi peluang untuk beraksi.

Safawi tersenarai lagi dalam skuad utama buat kali ketiga berturut-turut, namun masih belum mendapat kepercayaan jurulatih, Paulo Sergio.

Hampir dua bulan Safawi berada di Portugal, peminat yang teruja untuk melihat aksi bintang sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memperagakan kehebatan di Eropah terus meluahkan kekecewaan dalam media sosial.

 

SAFAWI RASID

“Pencapaian tertinggi Pawi sejak tiba di portugal, sampai juga di tahap bangku simpanan buat kali kedua..di kelab corot portugal..tepuk2..,” tulis pemilik akaun Facebook, Rawe Rontek.

“Panggil Pawi balik semulalah ..lebih baik main Liga Malaysia daripada liga dibanggakan tapi duduk bangku simpanan je…rosak prestasi Pawi,” kata Yazrul Fatin.

“Safawi tiada masalah dengan corak dan gaya permain Eropah dan Portimonense cuma belum ada rezeki untuk masa sekarang. Sikit masa lagi dia akan diturunkan cuma keadaan yang akan menentukan,” kata Baharudin Hasan.

“Bimbang lama tidak main first eleven (kesebelasan utama) jeng dan berkarat lah skill Safawi….duduk atas kerusi,” tulis Md Sharul.

Pada 21 November lalu, Safawi turut disenaraikan dalam skuad menentang kelab divisyen tiga, UD Leiria pada pusingan ketiga Taca de Portugal (Piala Portugal) namun tidak diturunkan.

Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia dua musim berturut-turut itu hanya bermain selama 56 minit buat skuad bawah 23 tahun, dan empat kali terlepas aksi skuad utama dalam Liga Primeira menentang Maritimo, Tondela, Santa Clara serta Porto.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya