Apakah kali ni Pawi dapat bermain? - Utusan Malaysia

Apakah kali ni Pawi dapat bermain?

SAFAWI Rasid menjalani latihan bersama rakan sepasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Apakah rezeki kali ini akan menjadi milik Safawi Rasid untuk beraksi buat kali pertama bersama skuad utama Portimonense SD?

Bintang Harimau Malaya itu buat kali kedua disenaraikan dalam pasukan utama dan kali ini peluang untuk diturunkan dilihat lebih cerah.

Berdepan pasukan liga divisyen tiga, U.D. Leiria dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal pagi esok (5 pagi Sabtu Malaysia), mungkin pengendali Portimonense, Paulo Sergio memberi peluang kepada Safawi selepas dia hanya memanaskan bangku simpanan ketika tewas 1-3 kepada juara Portugal, Porto pada 9 November lalu.

Memahami harapan tinggi penyokong bola sepak tanah air yang ingin melihat aksi sulungnya, pemain berusia 23 tahun itu juga mempunyai keinginan sama tetapi tetap bersabar menunggu detik tersebut.

Safawi atau lebih mesra di sapa Pawi menyerahkan segala keputusan berkenaan kepada jurulatih dan sebagai pemain dia sentiasa berusaha keras dan memberi yang terbaik dalam sesi latihan bagi merebut peluang untuk bermain.

 

“Alhamdulillah ada dalam senarai. Insya-Allah kalau ada rezeki…saya diturunkan.

“Saya juga bersedia beri yang terbaik jika diturunkan tetapi segala keputusan terletak di tangan jurulatih. Beliau lebih tahu bila waktu sesuai untuk turunkan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selepas hampir dua bulan Pawi di bersama kelab Portugal itu, dia hanya bermain dengan skuad bawah 23 (B-23) Portimonense SC selama 56 minit dan empat kali terlepas perlawanan bersama skuad utama selepas diketepikan pada aksi menentang Maritimo pada 17 Oktober lalu diikuti perlawanan bertemu Tondela dan Santa Clara minggu lalu dan Porto.

Selepas aksi bertemu UD Leiria, Portimonense akan menerima kunjungan kelab Nacional pada 29 November nanti untuk saingan liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya