fbpx

25 Januari 2021, 6:22 pm

  TERKINI

Ada pasukan Liga M mahu khidmat Fandi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad mengintai peluang untuk kembali mengendalikan kelab dalam Liga Malaysia (Liga M).

Pernah membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2012 dan 2013, Fandi bagaimanapun tidak mempu­nyai pasukan ketika ini.

Beliau sebaliknya hanya bertugas bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selaku jurulatih mentor.

Kata Fandi, skuad Young ­Lions adalah tugasan terakhir­nya sebagai jurulatih dan dia kini hanya membantu FAS menge­n­dalikan sekumpulan kecil pemain pemain menjalani latihan.

“Situasi Covid-19 memang sukar di sini, tidak banyak latihan boleh dilakukan dan saya hanya menjadi mentor kepada sekumpulan pemain ada lima orang semuanya.

“Ada juga membantu pasukan wanita selain itu saya tidak mengendalikan mana-mana pasukan.

“Ada pasukan kosong di sana (Malaysia)?,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Bekas bintang Kuala Lumpur itu memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan termasuk mengendalikan Pelita Jaya, Lions XII dan Singapore Armed Forces.

Bagaimanapun, agak sukar untuk Fandi ke Malaysia musim depan kerana keba­nyakan pasukan memiliki bajet sangat ketat dalam musim ­Covid-19.

Pengendali berusia 58 tahun berharap Lions XII atau Young Lions dapat kembali dalam Liga M kerana ia dapat membantu membangunkan pemain muda Singapura.

“Ketika bersama Young Lions, kita banyak membangunkan bakat-bakat muda, mereka sangat bagus,” katanya.

BERITA BERKAITAN