fbpx

1 Disember 2020, 6:38 am

  TERKINI

United, Chelsea buntu di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penampilan sulung Edinson Cavani gagal membantu Manchester United yang sekadar seri 0-0 dengan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan tidak melancarkan ancaman sebenar, malah keupayaan benteng mereka juga menimbulkan persoalan.

Cavani dibawa masuk pada babak kedua, namun bintang penyerang Uruguay itu gagal memberi impak besar.

Marcus Rashford beroleh peluang terbaik pada separuh pertama tetapi dinafikan oleh kecekapan penjaga gol Chelsea,  Edouard Mendy.

Pada separuh masa kedua, penjaga gol kedua-dua pasukan langsung tidak teruji selepas Red Devils dan United gagal melancarkan serangan bahaya. – AGENSI