fbpx

Tsygankov musnahkan Sepanyol

KIEV: Gol pemain gantian, Viktor Tsygankov membantu Ukraine mengejutkan Sepanyol 1-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Kiev awal pagi tadi.

Pemain Dynamo Kiev berusia 22 tahun itu tidak mengambil masa lama selepas dibawa masuk oleh jurulatih, Andriy Shevchenko untuk memanfaatkan hantaran Andriy Yarmolenko dan menewaskan David de Gea pada minit ke-76.

Keputusan itu amat mengejutkan kerana Sepanyol belum pernah tewas sejak November 2018, malah menang 4-0 ketika bertemu Ukraine di Madrid bulan lalu.

Ukraine juga kini hanya satu mata di belakang skuad kendalian Luis Enrique dalam Liga A, Kumpulan 4. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN