Triple bogey rencat aksi Green - Utusan Malaysia

Triple bogey rencat aksi Green

AKSI Gavin Green dalam Kejohanan PGA di Wentworth Golf Club, Surrey hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Catatan triple bogey dan dua bogey merencatkan aksi hari kedua sensasi negara, Gavin Green di Kejohanan PGA yang berlangsung di Surrey, hari ini.

Bagaimanapun catatan enam birdie membolehkan Green merekodkan 71 pukulan satu di bawah par untuk mengumpul 138 pukulan, enam di bawah par secara keseluruhan.

Green memulakan aksi di tiga lubang pertama dengan baik sebelum akur dengan triple bogey di lubang keempat par lima dan dia kemudian berjaya melakukan dua birdie di lubang ketujuh dan kelapan.

Dua lagi birdie hadir di lubang ke-10 dan 12 namun dua bogey berturut-turut di lubang ke-13 dan 14 hampir merosakkan prestasi Green hari ini.

Bagaimanapun, dua lagi birdie di dua lubang terakhir memberi sedikit kelegaan kepada pemain negara itu untuk meneruskan saingan hari ketiga esok.

Pemain berusia 26 tahun itu kini berkongsi kedudukan keenam bersama Ryan Fox dengan saingan hari kedua masih berlangsung di Kelab Golf Wenworth.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya