Rossi demam, sakit tulang sebelum disahkan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Rossi demam, sakit tulang sebelum disahkan positif Covid-19

VALENTINO ROSSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi terlepas Grand Prix (GP) Aragon hujung minggu ini selepas menjadi mangsa terbaharu Covid-19.

Juara dunia tujuh kali itu berkata, dia juga mungkin terlepas GP Teruel di litar yang sama minggu depan akibat jangkitan berkenaan.

“Apabila bangun tidur pada sebelah pagi, saya rasa tidak sihat. Tulang saya sakit dan sedikit demam, jadi saya segera menghubungi doktor sebelum melakukan dua ujian.

“Keputusan ujian pertama negatif seperti ketika saya melakukan ujian pada Selasa lalu. Bagaimanapun ujian kedua, saya didapati ia positif.

“Saya sangat kecewa kerana tidak dapat beraksi di Aragon,” kata Rossi dalam satu kenyataan hari ini.

 

ROSSI menceritakan pengalamannya dalam media sosial hari ini.

 

Rossi, 41, yang berada pada tahun terakhir bersama pasukan Yamaha, melalui musim sukar apabila sudah terjatuh tiga kali sekali gus menyaksikan dia hanya mampu menduduki tangga ke-13 kedudukan pelumba.

“Saya lebih gemar bersikap optimistik dan yakin tetapi pusingan kedua di Aragon juga kemungkinan tidak dapat beraksi.

“Saya kecewa dan marah kerana sudah melakukan yang terbaik mengikut segala protokol dan meskipun ujian yang dilakukan Selasa lalu negatif, saya tetap menjalani proses kuarantin sendiri sejak tiba dari Le Mans.

“Apa pun saya tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengubah keadaan. Saya akan mengikuti segala nasihat kesihatan dan kemudian berharap akan pulih sepenuhnya,” katanya yang terkenal dengan julukan The Doctor.

Ketiadaan Rossi satu lagi tamparan hebat untuk Yamaha selepas tidak dapat menggunakan enam staf teknikal mereka di Le Mans minggu lalu apabila salah seorang daripadanya positif Covid-19. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya