Rakyat United jelmaan Felda United? - Utusan Malaysia

Rakyat United jelmaan Felda United?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejak semalam tular di media sosial mengenai kemunculan pasukan baharu Rakyat United yang sedang giat merekrut pemain .

Apa yang menariknya, pasukan itu dikaitkan sebagai ‘jelmaan semula’ Felda United yang disahkan tidak akan beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Dalam iklan yang disiarkan di Facebook, Rakyat United kini giat mencari pemain untuk membarisi pasukan utama dalam saingan Piala Belia dan Piala Presiden.

Pasukan itu menawarkan gaji bermula dari RM3,000 hingga RM5,000 untuk pasukan utama dan mencari mereka dalam lingkungan usia 14 hingga 60 tahun.

Mereka juga menawarkan gaji  di antara RM2,000 ke RM3,000 bagi pemain skuad Piala Presiden berusia bawah 21 tahun, manakala RM1,000 hingga RM2,000 untuk pemain Piala Belia berusia bawah 19 tahun.

“Rakyat United adalah sebuah pasukan yang dijenamakan semula dengan pemilikan 100 peratus syarikat korporat.

“Adalah menjadi aspirasi dan inspirasi pemilik baharu untuk Rakyat United menjadi sebuah inisiatif Keusahawanan Sosial yang memberi impak positif dalam industri bola sepak negara dan boleh berdiri dengan kaki sendiri pada masa mendatang.

“Dalam meraikan kepelbagaian, demi keberhasilan bersama, Rakyat United akan dibarisi pemain pelbagai latar belakang.

“Bakat muda turut akan diketengahkan di pentas utama selain pemain veteran yang akan diangkat sebagai teladan tidak kira di dalam atau di luar padang,” tulis Rakyat United dalam Facebook rasmi mereka.

 

Difahamkan, pasukan yang akan dijenamakan semula pada musim depan itu akan berpangkalan di Lembah Klang.

Felda United antara 21 pasukan yang berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) seperti disyaratkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), selain sudah mendapat lesen untuk bertanding dalam Liga M musim depan.

Biarpun memiliki pengurusan yang profesional, malangnya masalah dalaman menyebabkan pasukan itu terpaksa dikuburkan sebelum musim baharu bermula.

FELDA United tidak akan terlibat dalam Liga M musim depan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya