Piala Malaysia tanpa Sabah - Utusan Malaysia

Piala Malaysia tanpa Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan Piala Malaysia yang bermula bulan depan akan diteruskan tanpa penyertaan Sabah.

Sabah sepatutnya ‘terbang’ ke Melaka hari ini untuk melengkapkan jadual terakhir Liga Super menentang UiTM FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu ini dan kekal menjalani latihan di sana bagi menghadapi Piala Malaysia.

Bagaimanapun pasukan itu gagal mendapat pelepasan keluar dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dilanjutkan sehingga 9 November.

“Permohonan pengecualian bagi pasukan Sabah tidak diluluskan sehingga menyebabkan perlawanan Liga Super yang tertunda tidak dapat dimainkan, jadi pasukan UiTM FC diberikan kemenangan 3-0.

“Tempoh kuarantin kendiri wajib selama 14 hari (sekiranya pasukan Sabah tiba di KLIA pada 29 Oktober 2020) telah melangkaui tarikh perlawanan pusingan pertama (kalah mati) iala Malaysia.

“Justeru, pasukan yang bakal diundi bertemu pasukan Sabah di Pusingan Pertama (kalah mati) Piala Malaysia 2020 diberikan kemenangan 3-0 dan seterusnya layak ke suku akhir.

“Pasukan Sabah adalah kekal sebagai pasukan Liga Super untuk musim 2021 dan tiada hukuman yang bakal dikenakan terhadap pasukan Sabah kerana isu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kata Ab Ghani, keputusan telah dicapai menerusi mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ke-23 yang bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya