Petronas buat 'post-mortem' prestasi GP Aragon - Utusan Malaysia

Petronas buat ‘post-mortem’ prestasi GP Aragon

DUA pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo (depan) dan Franco Morbidelli ketika beraksi pada Grand Prix Aragon di Litar Motorland, Alcaniz, Sepanyol semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) akan membuat analisis terperinci selepas pelumba pasukan itu, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli berdepan beberapa isu, termasuk masalah tayar dalam Grand Prix (GP) Aragon di Litar Aragon, Sepanyol semalam.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali bagaimanapun masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18 biarpun berhadapan masalah tayar depan dan sukar beraksi selepas terbabit dalam kemalangan semasa sesi latihan ketiga pada Sabtu.

Morbidelli mencatat masa 41 minit 59.147 saat manakala Quartararo merekodkan 42:15.889 saat dalam perlumbaan 23 pusingan.

“Perkara seperti ini berlaku dalam perlumbaan, kami hanya perlu belajar daripadanya dan kembali dengan lebih baik minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan itu.

Pelumba Sepanyol Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga mengambil alih kedudukan pendahulu Kejuaraan Dunia daripada Quartararo dengan 121 mata, manakala Quartararo turun ke tangga kedua selepas memperoleh 115 mata.

Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha yang berada di tempat keempat. naik ke tangga ketiga dengan 109 mata manakala Morbidelli keenam menerusi 87 mata selepas 10 perlumbaan.

Sementara itu, Razlan memuji pelumba Moto2 dan Moto3 Petronas Sprinta, Jake Dixon dari Great Britain, dan pelumba Scotland, John McPhee yang menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Dixon meraih kedudukan terbaik musimnya selepas mendapat tempat keempat dengan catatan masa 39 minit 42.500 saat manakala McPhee merekodkan 37:45.377 saat dalam perlumbaan 19 pusingan.

Dia juga memuji rakan sepasukan Dixon, Xavi Vierge dari Sepanyol yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 walaupun baru pulih daripada patah tulang di kedua-dua kaki selepas terbabit kemalangan pada GP Perancis di Litar Le Mans baru-baru ini.

 

KHAIRUL IDHAM PAWI

Razlan dalam pada itu berharap pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (KIP) yang juga rakan sepasukan McPhee, meningkatkan prestasinya menjelang GP Teruel minggu hadapan, dijadual diadakan di litar sama dari 23 hingga 25 Oktober ini.

Dia masih belum memperoleh sebarang mata selepas 11 perlumbaan.Pelumba Sepanyol Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (41:57.035 saat), mengambil alih kedudukan pendahulu Kejohanan Dunia MotoGP daripada Quartararo dengan 121 mata, manakala Quartararo turun ke tangga kedua selepas memperoleh 115 mata.

Pelumba Sepanyol Maverick Vinales daripada Monster Energy Yamaha yang berada di tempat keempat (41:57.271 saat), naik ke tangga ketiga dengan 109 mata manakala Morbidelli di kedudukan keenam dengan 87 mata selepas 10 perlumbaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya