Penyokong dapat 'lampu hijau' masuk stadium - Utusan Malaysia

Penyokong dapat ‘lampu hijau’ masuk stadium

UEFA 'membuka pintu' kepada penonton buat kali pertama dalam Piala Super di antara Bayern Munich menentang Sevilla di Budapest, 24 September lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Badan bola sepak Eropah, UEFA memberi lampu hijau kepada sebahagian penyokong untuk hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak bermula dengan perlawanan peringkat antarabangsa minggu depan.

UEFA  awal pagi tadi mengumumkan bahawa penonton akan dibenarkan  hadir ke stadium dalam perlawanan yang diuruskan badan itu tetapi  terhad kepada 30 peratus kapasiti stadium terlibat.

Tiada penyokong pasukan lawan akan dibenarkan hadir sehingga pengumuman berikutnya dan pintu pagar stadium hanya akan dibuka jika mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Kehadiran penyokong itu akan bermula dengan perlawanan peringkat antarabangsa sebelum disusuli dengan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengambil keputusan itu selepas kejayaan dalam ujian yang dilakukan ketika perlawanan akhir Piala Super UEFA di antara Bayern Munich dan Sevilla di Budapest pada 24 September lalu.

Penjarakan fizikal akan menjadi kewajiban buat kesemua penyokong yang hadir dan langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup separuh muka akan dikuatkuasakan berdasarkan ketetapan pihak berkuasa tempatan berikutan pandemik Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.