'Melaka takut main di Kedah' - Utusan Malaysia

‘Melaka takut main di Kedah’

MELAKA mahu pertemuan menentang Kedah di Alor Setar esok diadakan di Stadium Perak, Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Khuatir dengan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi di Kedah, Melaka mahu pertemuan Liga Super  menentang skuad Lang Merah di Alor Setar, Ahad ini ditukar ke venue berkecuali.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman berkata, pertemuan di Stadium Darul Aman tidak sesuai diadakan memandangkan pemain Melaka baru selesai menjalani kuarantin di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Malah, jumlah kes aktif di Alor Setar yang tinggi juga dibimbangi akan menjejaskan emosi dan kesihatan pemain yang kini bebas daripada jangkitan penyakit itu selepas menjalani ujian swab (calitan) pada 27 dan 29 September lalu.

Rahmad mencadangkan Stadium Perak di Ipoh digunakan untuk perlawanan ke-10 Liga Super tersebut dan mendapat pertimbangan pentadbir Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Saya selaku Exco Kesihatan Melaka memohon supaya pihak MFL menimbang semula lokasi perlawanan Liga Super antara Kedah dan Melaka United yang dijadualkan pada Ahad ini ditukarkan kepada venue berkecuali,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, selepas aksi menentang Sabah di Stadium Likas, skuad Hang Tuah diletakkan di bawah HSO mengikut ketetapan kerajaan dan hanya dibenarkan mengadakan sesi latihan selepas mendapatkan keputusan ujian swab.

Lantaran itu, MFL mengumumkan pertemuan antara Kedah dan Melaka United yang dijadualkan di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada malam ini, dipinda ke Ahad.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan kini berada di tangga kelapan dengan 11 mata selepas kecundang kepada Sabah 3-2, Ahad lalu sebelum menutup tirai Liga Super bertemu Johor Darul Ta’zim, 10 Oktober depan.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Kedah mencatat kes baharu tertinggi dengan 129, diikuti Sabah (113) dan Selangor 31.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya