Kelantan cari jurulatih baharu - Utusan Malaysia

Kelantan cari jurulatih baharu

NIK Akif Syahiran Nik Mat dari Kelantan dikepung dua pemain JDT II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi. - JOHOR SOTUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kelantan kini mencari jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Begitupun, khidmat pengendali sedia ada, Yusri Che Lah tetap dikekalkan dan dia akan bergandingan dengan ketua jurulatih baharu, kata pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.

“Kita akan ambil jurulatih yang baharu dan akan digandingkan bersama Yusri (Che Lah). Itu lebh penting untuk memantapkan lagi barisan kejurulatihan.

“Belum pasti lagi sama ada jurulatih import atau tempatan dan bila tiba masanya nanti saya akan umumkan,” katanya selepas menyaksikan Kelantan menumpaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Kata Norizam, beliau gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pasukan dalam setiap perlawanan musim ini, terutama barisan pemain muda The Red Warriors (TRW).

“Selepas saya mengambil alih Kelantan, banyak perubahan berlaku dalam pasukan. Kita nampak sendiri daripada sekadar meraih tiga mata dan keadaan bergelut di kedudukan terbawah, Kelantan berjaya keluar daripada kelompok bawahan untuk meraih 12 mata,” katanya.

Norizam juga mengakui Kelantan FC yang akan bersaing dalam kancah Piala Malaysia tidak perlu takut apabila menentang pasukan yang hebat terutama dari Liga Super.

“Bola itu bulat. Saya harap bola itu menyebelahi Kelantan FC. Apapun kita tidak mengaku kalah sebaliknya tetap akan beri saingan kepada mana-mana pasukan yang diundi akan menentang pasukan saya,” kata Norizam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya