Kedah, Melaka main di Cheras Isnin ini - Utusan Malaysia

Kedah, Melaka main di Cheras Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perlawanan Liga Super antara Kedah dan Melaka United akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin ini.

Perkara itu diputuskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) membuat permohonan kepada badan pengendali liga itu untuk ditukar ke venue berkecuali ekoran peningkatan kes Covid-19 mendadak di Kedah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, venue perlawanan itu yang sebelum ini dijadual berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar telah berpindah ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras manakala tarikh perlawanan pada 4 Oktober 2020 dipinda pada 5 Oktober 2020.

Jelasnya menerusi permohonan Melaka kepada MFL dan persetujuan bersama kedua-dua presiden iaitu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali, perubahan kepada jadual perlawanan dilakukan.

“Mereka bersetuju untuk meminda tarikh dan venue perlawanan disebabkan khuatir dengan keadaan Covid-19 di Kedah berada dalam paras yang membimbangkan.

“Jadi bagi memastikan kelancaran perlawanan itu, kedua-dua pasukan telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan perlawanan di Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2020,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman berkata, pertemuan di Stadium Darul Aman tidak sesuai diadakan memandangkan pemain Melaka baru selesai menjalani kuarantin di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Malah, jumlah kes aktif di Alor Setar yang tinggi juga dibimbangi akan menjejaskan emosi dan kesihatan pemain yang kini bebas daripada jangkitan penyakit itu selepas menjalani ujian swab (calitan) pada 27 dan 29 September lalu.

Rahmad mencadangkan Stadium Perak di Ipoh digunakan untuk perlawanan ke-10 Liga Super tersebut dan mendapat pertimbangan pentadbir Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya