Kedah hampiri slot Piala AFC - Utusan Malaysia

Kedah hampiri slot Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedah berada pada landasan terbaik untuk merebut slot ke Piala AFC musim depan selepas menundukkan Melaka United 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebentar tadi.

Skuad Lang Merah buat kali kedua terpaksa beraksi di gelanggang berkecuali susulan kes Covid-19 yang meningkat di Kedah menyaksikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menukar venue.

Begitupun, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-19 hasil tandukan Shakir Hamzah.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Melaka kembali memperkemaskan gerakan dengan melancar serangan bertali arus ke gawang Kedah untuk mencari gol penyamaan namun gagal menewaskan penjaga gol muda tuan rumah Azri Ab Ghani.

Bersambung babak kedua, usaha Melaka untuk mencari gol penyamaan terus buntu bagi menembusi pertahanan Kedah.

Skuad Lang Merah pula dilihat lebih banyak bertahan dan hanya beberapa kali melancar serangan balas yang tidak berbahaya.

Kemenangan itu menyaksikan Kedah melonjak ke kedudukan kedua liga dengan mengumpul 19 mata hasil enam menang, satu seri manakala Melaka kekal di tangga kesembilan (11 mata).

Bagaimanapun, Kedah perlu memastikan kemenangan dalam aksi menentang Perak minggu depan bagi mengesahkan slot ke Piala AFC minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya