KUALA LUMPUR: Pasukan utama Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan besar tidak dapat menghabiskan saingan Piala Malaysia musim ini kerana perlu terbang ke Doha untuk menyambung pertandingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Ini kerana, tarikh suku akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 12 dan 13 November ini amat rapat dengan aksi ketiga kumpulan G skuad Harimau Selatan menentang kelab dari China Guangzhou Evergrande FC iaitu pada 19 November. Saingan…