JDT dapat kebenaran bawa keluarga pemain ke stadium - Utusan Malaysia

JDT dapat kebenaran bawa keluarga pemain ke stadium

PEMAIN JDT meraikan kejayaan muncul juara Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. - JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) membenarkan penyokong memasuki stadium dalam aksi Liga Super menentang Sabah malam tadi adalah tidak benar.

Harimau Selatan sebaliknya diberi kebenaran untuk membawa masuk ahli keluarga pemain dalam skala kecil di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri selepas membuat permohonan rasmi daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, JDT telah dimaklumkan mereka boleh membawa masuk ahli keluarga pemain tidak melebihi 100 orang.

“Oleh kerana perlawanan ini menentukan juara Liga Super dan akan diadakan penyerahan piala , pihak JDT ada membuat permohonan rasmi dengan MFL untuk membawa sejumlah ahli keluarga pemain untuk memasuki stadium.

“Hasil perbincangan bersama setelah melihat struktur venue dan sambutan kejuaraan, MFL bersetuju membenarkan bilangan ahli keluarga pemain berskala kecil dibawa masuk dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan seperti pemeriksaan suhu badan di pintu masuk dan penjarakan fizikal dalam stadium,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

 

SUASANA gilang gemilang di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

 

Dalam perkembangan sama, Ghani memberitahu kelulusan khas itu diberikan selepas melihat segala aspek pematuhan SOP khusus untuk kumpulan ahli keluarga pemain JDT ini telah dipatuhi sepenuhnya.

“Saya menyangkal di mana terdapat satu gambar tular yang menunjukkan peminat masuk ke stadium beramai-ramai dan itu adalah perkara tidak benar.

“Ini kerana tidak ada mana-mana peminat masuk dan hanya ahli keluarga pemain JDT berskala kecil sahaja berada dalam stadium selain pegawai-pegawai yang bertugas dalam stadium,” katanya.

JDT mengesahkan kejuaraan Liga Super buat musim ketujuh berturut-turut selepas membedil Sabah 4-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya