MUKADIMAH NAMANYA mungkin tidak sebesar Syahir Rosdi yang sudah lama menabur bakti bersama skuad sepaktakraw kebangsaan. Bagaimanapun, kehadiran FAISAL FUAD mula memberi impak kepada sukan tradisional Malaysia itu. Penampilan bersama Johor Tigris dalam Liga Sepaktakraw (STL) mula diperkatakan kerana dia mampu memberi sumbangan besar kepada pasukan meskipun kurang berpengalaman berbanding pemain-pemain lain. Pada usia 19 tahun, Faisal yang berasal dari Pulau Pinang antara produk terbaik yang berjaya dilahirkan Sekolah Sukan…










