Hamilton atasi rekod Schumacher - Utusan Malaysia

Hamilton atasi rekod Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTIMAO: Lewis Hamilton mengatasi rekod legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher selepas merangkul kejuaraan kali ke-92 dalam Grand Prix (GP) Portugal malam tadi.

Pelumba Britain itu, yang menyamai rekod Schumacher di GP Eifel awal bulan ini, meneruskan dominasi keseluruhan selepas mengatasi rakan sepasukannya, Valtteri Bottas di tempat kedua.

Hamilton akan menyamai satu lagi rekod Schumacher dengan meraih kejuaraan dunia buat kali ketujuh tahun ini.

Ini kejuaraan kelapan Hamilton daripada 12 perlumbaan musim ini ketika saingan berbaki lima pusingan.

Pelumba Belanda, Max Verstappen (Red Bull) melengkapkan kedudukan podium hari ini, manakala Charles Leclerc dari Ferrari meraih tempat keempat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya