fbpx

4 Disember 2020, 6:34 pm

  TERKINI

Hafizh lega raih mata

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nasib berbeza menimpa pelumba Moto2 negara dikala Hafizh Syahrin Abdullah mengutip mata Kasma Daniel Kasmayudin pula terjatuh di awal perlumbaan Grand Prix Teruel.

Hafizh mengakui perlumbaan musim ini tidak berpihak kepadanya namun perkara itu tidak mematahkan semangat dia untuk mencabar diri mengharungi tiga baki perlumbaan di kedudukan lebih baik.

“Alhamdullilah saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dan kembali meraih mata. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras dan sentiasa memberi sokongan.

“Perlumbaan tadi (kelmarin) berjalan dengan baik walaupun pada awal perlumbaan saya sedikit bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera namun akhirnya berjaya menemui rentak dan cara mengendalinya.

“Kami terpaksa mempertaruhkan nasib dengan melakukan beberapa ubah suai pada jentera. Sekarang saya mahu memberi fokus kepada perlumbaan di Valencia.

“Saya percaya masih mampu beri cabaran, mungkin tahun ini bukan musim terbaik untuk saya tetapi dengan baki tiga perlumbaan saya mahu beri yang terbaik,” katanya selepas perlumbaan.

Hafizh yang bermula di petak ke-20 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dan kini menduduki tangga ke-20 keseluruhan dengan mengumpul 21 mata dengan berbaki tiga perlumbaan musim ini.

Kasma Daniel Kasmayudin

Sementara itu, Kasma yang gagal menghabiskan perlumbaan selepas terjatuh pada selekoh pertama sebaik sahaja perlumbaan bermula.

“Untuk perlumbaan kali ini, kami telah melakukan yang terbaik dan menunjukan peningkatan sedikit demi sedikit. Kami jumpa pelarasan yang agak baik pada perlumbaan kali ini.

“Saya rasa yang boleh habiskan perlumbaan dengan posisi yang baik tetapi awal perlumbaan saya telah melakukan kesilapan dan tidak dapat berhentikan jentera secukupnya ketika ingin masuk selekoh pertama.

“Saya terjatuh pada awal perlumbaan dan saya mohon maaf kepada pasukan. Saya akan ambil ia sebagai pengajaran dan terus bekerja dengan lebih gigih pada perlumbaan akan datang,” katanya.