fbpx

28 November 2020, 9:50 am

  TERKINI

Gol lewat Rashford musnahkan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Gol Marcus Rashford tiga minit sebelum tamat permainan membantu Manchester United menundukkan naib juara musim lalu, Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pembukaan Kumpulan H Liga Juara-Juara, pagi ini.

United turut bermula garang apabila mendahului di Parc des Princes pada minit ke-23 menerusi sepakan penalti ketua pasukan, Bruno Fernandea.

Begitupun jaringan sendiri Anthony Martial pada minit ke-55 membolehkan tuan rumah menyamakan kedudukan.

Kemenangan ini mengulangi kejayaan United menewaskan PSG 3-1 di tempat yang sama pada pusingan 16 akhir, Mac tahun lalu.

“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang menang. Sebagai penyerang apabila permainan hampir berakhir, itulah yang difikirkan.

“Anda mungkin hanya ada satu peluang dan perlu melakukan yang terbaik bagi merealisasikan,” kata Rashford kepada BT Sport selepas mengulangi sejarah dua musim lalu. – AFP