fbpx

26 November 2020, 10:32 pm

  TERKINI

Fasiliti sukan dalam kawasan PKPB dibenarkan beroperasi

REEZAL Merican Naina Merican (kanan) ketika melawat fasiliti sukan di kawasan PKPB semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini boleh menarik nafas lega apabila sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan ia beroperasi semula mulai esok (Isnin ini).

Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini, sekali gus menyaksikan padang bola sepak serta dewan badminton komersial, gimnasium dan gelanggang futsal
dibenarkan untuk beroperasi.

Tambah KBS, perkara tersebut diluluskan bagi membolehkan aktiviti ekonomi dapat terus berjalan dan mengurangkan kesan ekonomi akibat pelaksanaan PKPB.

“Kebenaran pembukaan semula fasiliti sukan komersial ini hendaklah mematuhi arahan semasa dan SOP (prosedur operasi standard) yang diputuskan.

“Bagaimanapun, aktiviti sukan dan rekreasi dalam tempat tertutup yang lain akan terus diberi perhatian untuk dipertimbangkan selepas tempoh PKPB dengan melihat kepada
situasi semasa,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan tersebut.

 

Mengulas lanjut, KBS memberitahu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap SOP itu tidak diambil mudah.

“Dalam siri lawatan ke lapangan Menteri Belia dan Sukan, Jumaat lalu, pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial didapati telah melaksanakan pematuhan SOP yang ditetapkan dengan cukup baik sekali,” menurut kenyataan itu lagi.