fbpx

27 Oktober 2020, 9:03 pm

  TERKINI

De Bruyne berehat panjang 

Kevin De Bruyne
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kevin De Bruyne dijangka terlepas beberapa perlawanan bersama Manchester City ekoran masalah kecederaan yang dialaminya ketika tugasan dengan skuad Belgium.

Pemain tengah, De Bruyne, terpaksa keluar padang ketika Belgium tewas 2-1 kepada England hujung minggu lalu dan sekadar menyaksikan kemenangan 2-1 ke atas Iceland Rabu lalu.

Bagaimanapun, pengendali City Pep Guardiola tidak dapat memastikan berapa lama pemain berusia 29 tahun itu bakal diketepikan dan kembali pulih.

“Ramai telah kembali dengan prestasi yang lebih baik berbanding sebelum ini. (Joao) Cancelo, Bernardo Silva dan beberapa pemain lain tidak dapat beraksi ekoran kecederaan pada permulaan musim dan kini kembali bersama pasukan.

“Malang buat Kevin akan diketepikan tetapi pemain-pemain lain telah berada di tahap terbaik. Saya tidak berasakan (kecederaan De Bruyne) begitu serius tetapi dia tidak dapat beraksi dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

City sebelum ini turun tanpa khidmat penjaring gol terbanyak kelab, Sergio Aguero, sejak Jun lalu susulan kecederaan lutut tetapi mungkin akan kembali membuat penampilan semula musim ini.

Bagaimanapun, Gabriel Jesus, yang terlepas empat perlawanan terakhir pasukan, akan terus diketepikan.

“Sergio berlatih dengan baik dan kami sangat gembira. Setiap pasukan perlukan penyerang dan kami bermain tanpa mereka sejak hari pertama.

“Jesus mengalami kecederaan. Kami perlu merehatkan dia kerana jika kami mengambil risiko untuk terus menurunkannya, dia bakal diketepikan untuk jangka masa yang panjang,” jelasnya. -AGENSI

 

BERITA BERKAITAN