'Bahagiakanlah ibu bapa kamu' - Utusan Malaysia

‘Bahagiakanlah ibu bapa kamu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Khabib Nurmagomedov memuat naik status penuh emosi dalam Instagram selepas mengumumkan persaraan daripada sukan seni bela campuran (MMA) ketika berada di puncak dengan rekod kemenangan 29-0.

Jaguh Rusia itu mengalahkan pencabarnya dari Amerika Syarikat, Justin Gaethje menerusi triangle choke pada pusingan kedua dalam pertarungan lightweight UFC 254.

Ini adalah pertarungan pertama Khabib, 32, sejak kematian bapa yang juga jurulatihnya, Abdulmanap pada Julai lalu.

“Saya tahu kamu seorang lelaki yang baik dan saya tahu bagaimana kamu ambil berat tentang mereka yang rapat dengan kamu. Banyak perkara yang saya tahu tentang kamu.

“Bahagiakanlah ibu bapa kamu kerana satu hari nanti ia akan berlaku (mereka pergi dari kita).

“Kamu tidak tahu apa akan berlaku esok,” katanya kepada Gaethje sejurus tamat pertarungan.

 

STATUS Instagram Khabib yang penuh emosi.

Beberapa jam selepas kemenangan di Abu Dhabi itu, Khabib memuat naik status penghormatan kepada arwah bapanya.

“Apabila ALLAH bersama kamu, tiada siapa boleh menyakitkan kamu, tiada siapa.

“Terima kasih ayah atas segalanya. Kamu mengajar saya tentang kehidupan, semoga Allah memberi ganjaran syurga tertingi buatmu,” tulisnya sambil memuat naik gambarnya bersama Abdulmanap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.