Messi, Ronaldo berentap lagi - Utusan Malaysia

Messi, Ronaldo berentap lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bakal memperbaharui permusuhan selepas Barcelona dan Juventus diletak dalam kumpulan sama pada majlis undian Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Dua bekas juara itu diundi dalam Kumpulan G bersama-sama Dynamo Kiev dari Ukraine serta kelab Hungary, Ferencvaros.

Messi dan Ronaldo akan meneruskan perseteruan mereka yang bermula sejak bintang Portugal itu di Real Madrid.

Di antara kedua-dua mereka sudah memenangi 11 daripada 12 anugerah Ballons d’Or.

 

Sementara itu naib juara 2020, Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang membalas dendam ke atas Manchester United yang menyingkirkan mereka pada pusingan 16 terakhir dua musim lalu.

PSG juga akan bertemu RB Leipzig dalam Kumpulan H.

Kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir di Lisbon, Ogos lalu yang menyaksikan PSG mencatat kemenangan 3-0 sebelum tewas kepada Bayern Munich pada aksi final.

Liverpool turut berdepan laluan berliku dalam Kumpulan D apabila diundi bersama juara Belanda, Ajax dan pasukan yang mara ke suku akhir musim lalu, Atalanta. Melengkapkan undian Midtjylland.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN