Wanita A juara Piala Presiden - Utusan Malaysia

Wanita A juara Piala Presiden

PASUKAN Wanita A muncul juara Piala Presiden hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan wanita A yang diketuai Soniia Cheah muncul juara kejohanan badminton Piala Presiden selepas menundukkan Wanita B 3-1 hari ini.

Dalam saingan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, Soniia menghadiahkan mata pertama pasukan A selepas menundukkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, S. Kisona 21-14, 25-23.

Pasukan B bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi beregu Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang menewaskan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen 21-10, 21-14.

Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei kembali meletakkan pasukan A di landasan baik untuk merangkul kejuaraan dengan mata kedua selepas menyingkirkan Eoon Qi Xuan 21-12, 21-9.

Pasangan M.Thinaah-Pearly Tan menghadiahkan mata kemenangan dengan menewaskan Toh Ee Wei-Yap Ling 21-17, 21-15.

Pearly memberitahu, perlawanan kali ini lebih baik berbanding Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia sebelum ini tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Kami main tiada tekanan sebab rakan-rakan lain memberikan sokongan kepada dua-dua pasukan.

“Saya rasa kami perlu perbaiki beberapa perkara lagi dalam permainan kami selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN