Vinales akhirnya menang juga - Utusan Malaysia

Vinales akhirnya menang juga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISANO, Itali: Selepas lama menanti, Maverick Vinales menamatkan penantian dengan merangkul kejuaraan MotoGP pertama musim ini pada Grand Prix Emilia Romagna di sini, sebentar tadi.

Penunggang Yamaha dari Sepanyol itu memanfaatkan malang yang menimpa pendahulu perlumbaan, Francesco Bagnaia yang terjatuh ketika saingan berbaki tujuh pusingan.

Pelumba Suzuki, Joan Mir dan Pol Espargarao dari KTM melengkapkan podium kedua dan ketiga di Litar Misano.

“Kerja yang menakjubkan. Dia (Bagnaia) sangat pantas dan saya memberi tekanan berterusan kepadanya pada 10 pusingan terakhir.

“Saya hargai semua kerja keras pasukan kerana kami telah mengharungi detik yang sukar tetapi kami terus berusaha dan tidak berputus asa,” kata Vinales.

FRANCESCO Bagnaia cuba bangkit selepas terjatuh dalam Grand Prix Emilia Romagna di Litar Misano, Itali hari ini. – AFP

Ini adalah kemenangan pertama Vinales, 25, sejak menjuarai Grand Prix Malaysia, November tahun lalu.

Vinales adalah pemenang keenam dalam perlumbaan MotoGP musim ini, yang kini memasuki pusingan kelapan.

Kemenangan kelapan dalam kariernya itu membolehkan Vinales berkongsi tangga kedua kejuaraan dunia bersama pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo yang menamatkan saingan di tangga keempat selepas dikenakan penalt tiga saat.

Kedua-duanya mengutip 83 mata, hanya satu mata di belakang pendahulu dunia dari pasukan Ducati, Andrea Dovizioso yang sekadar menamatkan perlumbaan hari ini di tangga kelapan. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.