fbpx

21 Januari 2021, 3:32 am

  TERKINI

Tok Gajah tumbang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UiTM FC menambah derita Pahang apabila memberikan kekalahan kedua berturut-turut buat Tok Gajah dalam saingan Liga Super sebentar tadi.

Kesilapan penjaga gol Pahang, Sharbinee Allawee membawa kepada kekalahan pasukan pelawat di Stadium UiTM, Shah Alam.

Sharbinee gagal membaca hantaran jauh pemain tuan rumah sebelum membenarkan Rafie Mat Yaacob menolak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62.

Ini kekalahan kedua Tok Gajah dalam tempoh seminggu selepas tumbang 2-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kuantan minggu lalu.

Kekalahan 0-1 di Stadium UiTM FC, Shah Alam itu meletakkan anak-anak buah Dollah Salleh di tangga kelapan liga dengan mengumpul enam mata.

UiTM FC pula melonjak ke kedudukan keempat dengan berkongsi 10 mata bersama pasukan tangga kedua dan ketiga, Terengganu FC serta Kedah.

Sebaliknya, tuan rumah terus cemerlang mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Felda United 1-0 di Jengka, Pahang sebelum ini.

POPULAR