Tempo saingan Piala Tun Razak rancak - Utusan Malaysia

Tempo saingan Piala Tun Razak rancak

(Dari kiri) Jurulatih Melaka, Azrul Effendy Bistamam; kapten Melaka, Muhammad Firdaus Omar; Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh; kapten wanita Selangor, Raja Norsharina Raja Shahbudin; jurulatihnya, Ikmal Abdul Jabbar bersama Piala Tun Razak selepas sidang akhbar menjelang kejohanan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tempo permainan dalam saingan Piala Tun Razak dijangka semakin rancak sekali gus menyukarkan Melaka selaku juara bertahan mengulangi pencapaiannya pada kejohanan musim ini.

Pengendali Melaka, Azrul Affendy Bistaman berkata, tempo permainan tersebut semakin rancak memandangkan ramai peserta Piala Tun Razak, yang akan membuka tirainya hari ini, dibarisi pemain kebangsaan baik senior mahupun junior.

“Memang tahun ini ramai pemain kebangsaan beraksi di kejohanan ini. Saya rasa semua akan tonjolkan kemampuan masing-masing sehingga tempo permainan menjadi rancak.

“Apa yang saya tengok, antara pasukan yang dibarisi ramai pemain kebangsaan seperti Perak, Kuala Lumpur dan Johor. Kami pula ada tiga pemain kebangsaan masing-masing senior dan junior,” katanya dalam sidang akhbar menjelang kejohanan itu di Bukit Jalil, semalam.

Musim lalu, Melaka menamatkan penantian empat tahun apabila menjinakkan Johor 3-1 dalam aksi final Piala Tun Razak, manakala pasukan wanita dimenangi Selangor.

Sementara itu, jurulatih skuad wanita Selangor, Ikmal Abdul Jabbar mengakui, pasukannya merasai tekanan ‘luar biasa’ apabila memiliki lapan pemain kebangsaan dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

“Memiliki pemain kebangsaan bagi saya sangat bagus sebab dalam latihan, mereka banyak membantu saya. Mereka faham taktikal yang saya berikan selain banyak menyalurkan informasi serta sistem kepada pemain muda agar lebih jelas.

“Bagaimanapun, tekanan banyak terarah kepada saya sekarang. Apa pun saya mahu cuba mahu berikan yang terbaik dalam pasukan agar dapat muncul juara sekali lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya